Saturday, May 23, 2015

Hospital Diary- 1


-SEPASANG MATA DISEBALIK JERIJI BESI-

Dah 4 minggu menjadi pengunjung setia wad itu.
Dan setiap kali berkunjung ke sana, mesti saya akan jenguk ke satu bilik.
Dan dalam bilik itu,ada sekujur tubuh, yang dikurung dalam jeriji besi persis seperti sebuah sangkar.

Setiap kali saya menjenguk,
Pasti dia akan memanggil,
Akak....akak....tolong bukak...S**** nak keluar....
suara yang sayu, suara yang penuh pengharapan untuk bebas seperti orang lain walaupun dirinya serba kekurangan.

Dan setiap kali itu, permintaannya kadang2 dibalas si baju putih dengan layanan baik dan kadang2 ditengking dan dijeling.
Akak...akak...tolong... S**** nak keluar....nak jalan...

Saat itu, mata hanya mampu melihat dan jiwa hanya mampu menangis.
Moga syurga buatmu...

Satu hari,
Hati membuak-buak ingin tahu kisah disebalik mengapa dia di dalam jeriji itu.

Failnya aku selak, dan hati aku tersentak.

Kesnya cukup mudah,
Fikirannya gagal berfungsi seperti lelaki-lelaki macho lain,
Lantasnya dirinya ditinggalkan oleh kaum keluarga dan hingga kini jeriji di wad itulah rumahnya sementara menunggu penempatan dari rumah kebajikan.

Tutup fail, pandangan aku tertumpu padanya, dia tersenyum. Senyuman ahli syurga.



No comments:

SIAPA SAYA

My photo
Tasek Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Puteri sulung dan tunggal kepada Encik Hamali dan Puan Munirah. ::TASKI ABIM:: ::SEK KEB TASEK GELUGOR:: ::SEK MEN SAINS RAJA TUN AZALAN SYAH(SERATAS):: ::ALLIED HEALTH SCIENCES, CFSIIUM:: :: BACHELOR OF DIETETICS IIUM '11-'15
SAYA SAYANG ANDA SEMUA KERANA ALLAH

MEREKA KATA....

Get widget here

Blog Archive